Semalam Malaysia digemparkan dengan peningkatan kes tiga angka iaitu sebanyak 100 kes positif Covid-19.
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuatkuasakan, tahap kepekaan dan tanggungjawab masyarakat kita masih di tahap yang membimbangkan.
Memandangkan banyak aktiviti sosial telah dibenarkan oleh pihak kerajaan. Maka, peluang untuk wabak ini terus merebak juga semakin tinggi jika kita tidak mengamalkan langkah penjagaan.
Terbaharu, di Pulau Pinang dilaporkan terdapat seorang tetamu di majlis perkahwinan telah dijangkiti wabak tersebut.
Para tetamu yang telah menghadiri majlis akad nikah, Fatin dan Azlan di Bukit Indera Muda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 29 Ogos diminta untuk menghubungi pejabat Kesihatan Seberang Perai Tengah @ 04-5397884.
Makluman ini telah dikongsi menerusi Facebook rasmi Majlis Keselamatan Negara.
https://www.facebook.com/1452870318149203/posts/2738169062952649/
Pengarah Kesihatan negeri Dr Asmayani Khalib memaklumkan bahawa seorang tetamu di majlis itu disahkan positif COVID-19. Kini dia dirawat di sebuah hospital di Alor Setar, Kedah.
Jabatan Kesihatan Pulau Pinang sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai jumlah sebenar tetamu yang hadir pada majlis berkenaan.