in

“Fist bump pon bahaya” – Timb. Menteri Kesihatan Gesa Rakyat Elakkan Bersentuhan Dengan Apa Cara Sekalipun

Dd 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memasuki fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula pada 1 September sehingga 31 Disember, kerajaan masih memantau ketat aktiviti ekonomi dan sosial rakyat Malaysia.

Sejak penularan wabak COVID-19, antara perkara yang dititikberatkan dalam mengurangkan risiko ini daripada terus tersebar adalah dengan menjaga jarak sosial dan mengelakkan sebarang sentuhan.


Namun, akhir-akhir ini laga tangan atau ‘fist bumb’ telah menjadi trend dalam kalangan masyarakat.

Ekoran itu, Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali menzahirkan kebimbangan beliau dan menasihati orang ramai agar berhati-hati kerana perbuatan itu yakni membabitkan sentuhan fizikal yang tidak digalakkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

D1 4

“Jangan bersalaman dan bersentuhan termasuk lagakan anggota badan, namun hari ini saya lihat trend bukan sahaja melakukan begini (fist bump) tetapi genyeh lagi, adakah kita mencuci tangan selepas itu”

D2

“KKM hanya anjur hormat dengan meletak tangan di dada dan tunduk hormat, jadi saya lihat trend yang sedang berlaku kini tidak baik dan saya sarankan supaya berhati-hati”

 

Kita masih belum menang – Datuk Dr. Noor Azmi

Mengulas tentang perancangan jangka masa panjang Malaysia dalam mendepani wabak ini, beliau berkata Malaysia terbukti sebagai antara negara yang berjaya mengawal dan mengurus wabak itu dengan baik sehingga diiktiraf dunia dan kerajaan akan melipatgandakan usaha itu, lapor Berita Harian.

“Kita akan terus memantau perkembangan wabak ini dari semasa ke semasa kerana kita masih belum mengenalinya, senjata yang kita ada ada ketika ini hanyalah pelitup muka dan pensanitasi tangan, selain penjarakan fizikal”

 

Baca: Keluar Tak Pakai Mask, 50 Individu Didenda Baca Doa Di Kubur Jenazah COVID-19

D 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.