Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Inilah peribahasa yang boleh menggambarkan kerjasama penduduk sebuah kampung di Indonesia dalam usaha mencari rantai emas yang hilang.
Kisah ini mula mendapat perhatian umum selepas seorang individu memuat naik video TikTok berkenaan kejadian tersebut.
“gara2 lagi mandi, kalung 50 gran jatuh terpaksa bendungan pun ditutup sementara buat ngeringin air”
Berdasarkan video yang dimuat naik, difahamkan seorang penduduk kehilangan rantai emas seberat 50 gram semasa sedang mandi di situ. Untuk mencari rantai tersebut, mereka telah menutup terusan air untuk mengeringkan air yang ada.
Jelas kelihatan beberapa orang dewasa dan kanak-kanak berada di dalam terusan air sedang mencari sesuatu. Bagaimanapun, pengakhiran proses pencarian rantai emas ini tidak didedahkan di dalam video.
Meninjau di ruangan komen pula, ada netizen berseloroh dengan mempersoalkan wanita tersebut yang masih mandi di terusan air meskipun memiliki rantai emas seberat 50 gram.
Apa-apa pun, semoga individu tersebut menjumpai semula rantai emas yang hilang.
Kredit: Liputan6