Seorang lelaki yang dikenali sebagai Muhamad Syafiq Zaharuddin kini sedang diburu oleh pihak polis kerana melarikan seutas rantai emas dalam kejadian di sebuah kedai emas di Bandar Botanik, Klang, kelmarin.
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, pihaknya menerima laporan daripada jurujual kedai emas berhubung kejadian itu.
Artikel berkaitan : “Bertuah cikgu dia!” – Ibu Bapa Bawa Anak Pergi Kedai Emas, Beli Gelang Sempena Hari Guru
Artikel berkaitan : Pemandu OKU Didakwa Diserang Polis Pengiring TMJ Bakal Hantar Memorandum Kepada PMX Hari Ini
Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki melarikan seutas rantai emas dalam kejadian di sebuah kedai emas di Bandar Botanik, Klang, kelmarin. pic.twitter.com/mYXtanwIi2
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) September 5, 2024
“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 1.40 petang, Selasa lalu yang mana suspek seorang lelaki tempatan memasuki premis berkenaan untuk mencari dan membeli rantai emas untuk dihadiahkan kepada ibunya.”
“Pengadu kemudian mengeluarkan dan menunjukkan rantai emas yang dipilih oleh suspek sebelum lelaki itu keluar daripada premis untuk bercakap mengggunakan telefon bimbitnya.”
“Selepas itu, suspek kembali ke dalam kedai dan mengambil rantai emas itu seterusnya melarikan diri menggunakan motosikal yang diparkir di hadapan kedai.”
Menurut beliau, kedai emas tersebut mengalami kerugian berjumlah RM 24,8000. Beliau berkata, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan membuka kertas siastan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan curi dalam bangunan.
“Berdasarkan maklumat yang diterima, polis mengenalpasti suspek yang terlibat dan dalam usaha untuk menangkapnya.”
Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung suspek kes ini diminta hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 bagi membantu siasatan.
Sumber : Buletin TV3