in

“Teruknya perangai kau” – Bekas Pengurus ‘Blackpink’ Dikatakan Mencuri Duit Lisa Hampir RM3.5 Juta!

Featured Image 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je yang tak kenal dengan Lisa Blackpink, yang merupakan salah seorang selebriti yang boleh ‘masyuk’ dan senang buat duit dengan menjadi duta iklan sesebuah produk.


Difahamkan Lisa yang selama ini kita nampak ‘happy go lucky’ dikatakan telah ditipu oleh bekas manager kumpulannya. Apa?

Mungkin kerana tiada keluarga terdekat di sana, Lisa memberi kepercayaan penuh pada bekas pengurusnya dengan memberikan duit sebanyak 1 Billion Won (RM3.5 Juta) untuk membantunya cari hartanah disana, lapor Soompi.

Sayangnya, pengurusnya itu menggunakan duit tersebut untuk berjudi!

Lisa2

DIfahamkan lelaki itu telah berkhidmat dengan Blackpink sejak mereka pertama kali muncul dipentas hingga berjaya. 

Lebih kasihan lagi, selepas mendapat tahu wangnya disalah gunakan, perkara ini telah menyebabkan Lisa mengalami depression.

Ye lah orang yang kita percaya khinati kita, siapa je tak sakit…

Lisa3

Menerusi keterangan YG Entertainment, Lisa tidak mahu hal ini dibawa naik ke mahkamah. Malah dia mahu selesaikannya dengan cara yang baik.

Lisa meminta agar bekas pengurusnya itu membayar balik duit yang telah diamanahkan, dan dilaporkan hingga kini lelaki itu hanya bayar separuh sahaja dari jumlah sebenar.

 

Baca: “Perghh duit boleh ulang alik pegi bulan” – Bayar RM2.7 Juta Kalau Nak Lisa Blackpink Jadi Model Iklan

Annotation 2020 06 03 154037

 

Sumber: You Tube
Sumber: KAMI.com

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.