in

“Teruknya!” – Netizen Berang Pekerja Zoo Cucuk Harimau Berkali-kali Untuk Sesi Bergambar

Fi Zoo 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Teruknya!" - Netizen Berang Pekerja Zoo Cucuk Harimau Berkali-kali Untuk Sesi Bergambar
Loading
/

Sekarang ibarat menjadi satu trend untuk berselfie dengan hidupan liar. Namun, tahukah anda haiwan-haiwan liar tersebut sebenarnya telah dilatih dengan cara yang kejam serta dikurung dalam kondisi yang tidak sesuai dengan habitat mereka.


Menurut Asia One, baru-baru ini, seorang lelaki telah berkongsi pengalamannya selepas menyaksikan aksi yang sangat memilukan dan menimbulkan kemarahannya.

Pada Isnin yang lalu, Edwin Wiek telah memuat naik sebuah rakaman video berserta entri di Facebook menunjukkan seekor harimau telah dicucuk berkali-kali ketika sesi bergambar.

Menurutnya, kejadian itu berlaku di zoo Pattaya di mana haiwan itu akan dicucuk dengan kayu pada bahagian kiri leher dan kakinya. Dapat dilihat harimau tersebut akan mengaum sejurus selepas dicucuk.

Edwin menjelaskan bahawa keadaan ini berlaku beratus kali dalam sehari supaya harimau tersebut akan mengaum bagi sesi bergambar dengan para pengunjung zoo tersebut.

Zoo1
sumber: facebook

Menurut Edwin, selaku pengasas Wildlife Friends Foundation Thailand, dia mengharapkan perubahan di dalam undang-undang bagi mengelakkan hal seperti ini berlaku.

Netizen yang melihat rakaman video tersebut rata-rata mengeji perbuatan ini dan tidak sanggup untuk melihat video itu sehingga habis. Mereka juga berang dengan kebodohan manusia kerana memperlakukan haiwan liar ini sebegitu rupa.

Zoo2
sumber: facebook

Jurucakap Zoo The Million Years Stone Park and Pattaya Crocodile Farm memberitahu bahawa sejak kejadian itu, penjaga harimau tersebut telah pun dipindahkan ke bahagian kerja lain.

Pemilik ialah seorang yang sayangkan haiwan dan dia tidak akan membenarkan staf untuk menyakiti haiwannya.”

Zoo4
sumber: facebook

Sementara itu, Thailand memang terkenal sebagai tempat tarikan pelancong untuk berinteraksi dan mengambil gambar dengan haiwan liar. Tambahan pula, pelancong berpeluang untuk menunggang gajah, memegang monyet dan harimau dengan bayaran.

Zoo9
sumber: facebook

Oleh yang demikian, kumpulan hak asasi haiwan sudah lama mengkritik industri ini kerana dilihat sebagai tidak berperikemanusiaan memandangkan haiwan-haiwan ini diletakkan di dalam kurungan yang kecil dengan diet yang tidak betul serta kurang penjagaan daripada veterinar.

Harap-harap insiden ini dapat membuka mata orang ramai supaya tidak menyokong industri ini dan menahan diri daripada mengambil gambar dengan haiwan liar.

Baca: “Pasti dia dapat hukum karma” – Lelaki Berang Anjing Kesayangan Dibakar Oleh Jiran Psiko

M 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.