Kontroversi kes khalwat antara penyanyi, Aliff Aziz dan pelakon, Ruhainies terjawab apabila kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan hari ini atas satu pertuduhan berkhalwat di sebuah kondominium, empat bulan lalu.
Dalam laporan Sinar Harian, mengikut pertuduhan, mereka didakwa berada bersama orang Islam yang bukan isteri, suami atau mahram dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak, bahawa mereka membuat perbuatan tidak bermoral.
Artikel berkaitan: Aliff Aziz & Ruhainies Mengaku Tidak Bersalah Berkhalwat, Mohon Kes Dibicarakan
Artikel berkaitan: “I will make sure you will pay for it” – Tular Kad Pertunangan Dengan Alif Aziz, Ruhainies Tampil ‘Sound’ Peniaga
Di media sosial pula, kecoh apabila Ruhainies dilihat tersenyum selepas keluar dari mahkamah sehingga ada yang menyamakan riak wajahnya itu seperti baru lepas bernikah.
Mereka berdua juga dilihat berpakaian sedondon dan berjalan seiringan selepas keluar dari mahkamah.
Dalam pada itu, Ruhainies ketika ditanya mengapa dia tersenyum selepas keluar dari mahkamah, dia hanya menjawab dia gembira kerana dapat bertemu dengan rakan-rakan media yang hadir.
@astrogempak #GempakNews : tak baik kata Ruhainies gembira sebab kes khalwat. Klik link untuk artikel penuh & layari Gempak.com
“Saya senyum sebab nampak rakan-rakan media kat sini sebab setelah lama tak jumpa korang semua, and Anies rasa bersyukur sebab korang datang awal pagi untuk berjumpa dengan kitorang,” katanya.
Dia juga berkata dia bukanlah tersenyum kerana kes itu dan berkata dia tidak pandai untuk menangis berlakon di hadapan kamera.
Sumber: X, Astro Gempak