in

Terpalit Isu Tak Patuhi SOP, ‘All Together Now Malaysia’ Dihentikan Siaran Seketika

Fi All

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru sempat menyiarkan satu episod, rancangan hiburan terbaru terbitan Astro iaitu All Together Now Malaysia (ATNM) menjadi bualan hangat di media sosial.



Terbaru menurut Harian Metro, pihak penerbitan rancangan tersebut memutuskan untuk menghentikan sementara program tersebut. Hal ini berpunca apabila dikatakan program tersebut, tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

All 1 Edit

 

Rakaman dilakukan bulan Mac.. Semua perlu swab test

Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata bahawa rancangan tersebut dirakam pada lebih awal iaitu bulan Mac lalu di Putrajaya.

Tambahnya, dia turut memberitahu bahawa kesemua artis dan kru yang terlibat perlu menjalani swab test terlebih dahulu. Hanya mereka berstatus negatif saja dibenar meneruskan rakaman

“Krew penerbitan sudah menjalankan ujian calitan Covid-19 ke atas semua yang mengambil bahagian sebelum rakaman bermula. Hanya mereka yang berstatus negatif sahaja dibenar meneruskan rakaman.

“Set yang dibina mengambil kira penjarakan fizikal dan berjarak 1.5 meter antara setiap juri di samping penghadang lutsinar turut diletakkan bagi memisahkan mereka,” katanya

All 4

Selain itu, satu laporan berita tempatan memaklumkan bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan agar siasatan dilakukan ke atas pihak penerbitan rancangan berkenaan. Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Rabin Basir berkata siasatan akan dikendalikan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM)

Tindakan sewajarnya akan diambil oleh KKMM jika dapat mengenal pasti wujud pelanggaran SOP sepanjang rakaman dijalankan.

Semoga kita semua kekal selamat, jaga diri dan jaga SOP.

 

Baca : “Anak menteri tapi tak follow SOP” – Netizen Kecam Dafi di Instagram Gara-gara Terlibat Program ‘All Together Now Malaysia

Atnm Dafi

Sumber: HansHanis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.