in

“Terowong Cinta” – Lelaki Gali Terowong Rahsia Bawah Rumah GF Untuk Dating, Sekali ‘Kantoi’ Dengan Suami GF

Ft Terowong Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Melihat pasangan yang sakan bercinta keluar bertemu janji sememangnya bukan benda asing lagi berlaku. Mesti korang pernah terserempak bukan dengan pasangan hangat bercinta ini yang dilihat bahagia ketika berdating dan menunjukkan kemesraan di tempat awam.


Namun, lain pula bagi pasangan ini yang gigih pula menggali lubang bawah tanah semata-mata untuk berdating tanpa pengetahuan orang ramai!

Aik, dah kenapa pulak tu?

 

Gali terowong bawah tanah nak jumpa girlfriend

Kejadian ‘aneh’ ini dikatakan berlaku di Mexico pada minggu lepas setelah lelaki itu ‘kantoi’ menggali terowong bawah tanah dari rumahnya sehinggalah ke rumah kekasihnya.

Kalau korang nak tahu, Mexico sememangnya famous dengan jaringan terowong bawah tanah yang kerap digunakan oleh kartel dadah untuk mengedar barang ‘berharga’ mereka tanpa pengetahuan pihak polis.

Tapi, lain pula bagi lelaki ini yang menggunakan ‘taktik’ sedemikian untuk menyorokkan hubungan cintanya daripada pengetahuan orang lain.

Terowong Feat 1

 

Dua-dua sudah berkahwin

Apa yang lebih mengejutkan, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Antonio itu telah pun berkahwin dan menjalinkan pula hubungan sulit dengan kekasihnya yang juga sudah berkahwin!

Disebabkan takut perbuatan ‘durjananya’ itu dihidu oleh pasangan masing-masing, dia yang bekerja sebagai seorang tukang batu telah menggali ‘terowong cinta’ tersebut untuk memudahkannya berjumpa dan bermadu kasih bersama kekasihnya, Pamela.

Patutlah, cinta terlarang rupanya.

Memetik laporan Oddity Central, Antonio menggunakan kepakarannya dalam bidang pembinaan untuk menggali terowong bawah tanah itu yang merentasi beberapa jalan daripada rumahnya sehinggalah ke rumah teman wanitanya yang terletak di pekan sebelah, Tijuana, Mexico.

 

Jumpa senyap-senyap waktu suami keluar bekerja

Setelah ianya siap, mereka akan berjumpa secara rahsia setiap kali suami teman wanitanya keluar bekerja. Namun, bak kata pepatah melayu, “sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua”. Helah mereka berdua itu terbongkar apabila suami teman wanitanya itu tiba-tiba pulang awal dari tempat kerja ketika mereka berdua sedang ‘sakan’ bermadu kasih. 

Terperanjat dengan situasi tidak terduga itu, lelaki berkenaan merangkak di bawah katil sebelum ‘menghilangkan’ diri masuk ke dalam ‘terowong cinta’ yang dibinanya. Si suami yang berang dengan kecurangan isterinya telah bertindak untuk mencari lelaki tersebut di sekeliling rumah sehinggalah dia berasa sangsi dengan katil tempat tidur mereka sebelum bertindak untuk melihat dibawahnya dan menjumpai terowong tersebut.

 

Follow masuk terowong sampai rumah

Apa lagi, si suami yang ‘naik angin’ ini terus sahaja masuk ke dalam terowong berkenaan sehinggalah dia sampai di rumah Antonio di mana lelaki tersebut merayu kepadanya supaya tidak membuat bising gara-gara takut isterinya yang berada di rumah itu terdengar pertengkaran mereka.

Suami Pamela yang bertambah berang apabila mendengar rayuan ‘tidak tahu malu’ Antonio telah bertindak untuk melepaskan tumbukan ke muka lelaki berkenaan sebelum tercetusnya pergaduhan antara mereka berdua. Isteri Antonio yang terdengar perbalahan itu segera memanggil polis untuk meleraikan mereka berdua.

Antonio akhirnya mengaku melakukan kecurangan terhadap isterinya. Berita mengenai kejadian ‘terowong cinta’ ini akhirnya tersebar secara meluas di media sosial. Ada juga yang membuat perbandingan antara Antonio dan tokan dadah terkenal El Chapo.

#País Al estilo de “El Chapo”, albañil de Tijuana hace túnel… para ver a su amante

Posted by Crónica de Xalapa on Sunday, December 27, 2020

Baca: Lelaki Disumbat Dalam ‘Sangkar Babi’, Direndam Dalam Sungai Lepas Kantoi Atas Katil Dengan Isteri Orang 

Baca Curang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.