Selepas mengumumkan bakal kembali kepada fitrah asal dan lebih mengejutkan ramai, Safiey Illias sendiri membuat keputusan untuk membuang silikon di dadanya.
Perkara itu membuatkan ramai netizen percaya kali ini dia semakin serious dalam penghijrahannya. Safiey yang lebih mesra dipanggil Syinta sebelum ini memaklumkan dia akan menjalani pembedahan secepat mungkin.

Melalui instastory Safiey turut berkongsi gambar dadanya yang masih berbalut dipercayai selepas melakukan pembedahan membuang silikon itu.

Selain itu, Safiey turut memuat naik gambar dia bersama ibunya dengan caption yang menyentuh hati ramai pengikutnya di Instagram.

Mak cakap anak lelaki mak dah kembali. Malam tadi mak tak makan sebab risau pembedahan. Apit sayang mak. Maaf muka tahan sakit.”
Ramai netizen yang membaca menzahirkan rasa terharu dan mendoakan yang terbaik untuk Safiey. Mereka berharap kali ini Safiey benar-benar dapat berubah dan menjadi lelaki sampai bila-bila.

Safiey juga turut kongsikan gambar beberapa jenis ubat berbeza yang dia perlu makan mungkin ada kena mengena dengan pembedahan membuang silikon yang dilakukan.
