Pada hujung bulan lalu, tular sebuah video memaparkan penyanyi yang juga juara Akademi Fantasia iaitu Hafiz Suip yang dilihat bergaduh dengan orang di jalan raya.
Selepas tularnya video tersebut, difahamkan pelantun lagu Bahagiamu Deritaku itu sudah pun berbaik dengan individu yang terlibat dalam pergaduhan tersebut.
Artikel berkaitan: Tular Pergaduhan Melibatkan Hafiz Suip, Ini Apa Yang Berlaku Sebenarnya
Artikel berkaitan: Hafiz Suip Respon Komen Individu Tentang Rumah Tangganya, Tapi Netizen Nampak Benda Lain?
Namun, Mahkamah Majistret Kuching memerintahkan Hafiz atau nama penuhnya, Mohd. Hafiz Mohd. Suip serta dua lagi individu yang terlibat dalam kejadian sama untuk menjalani hukuman bon berkelakuan baik selama 6 bulan.
Difahamkan, ketiga-tiga mereka perlu menjalani bon berkelakuan baik selama enam bulan dengan jaminan sebanyak RM500.
Menurut laporan Utusan Borneo, perintah itu dikeluarkan pada Khamis lalu bagi mengelakkan mereka bertiga daripada mengulangi perbuatan sama pada masa akan datang.
Sebagai info, fakta kes mendedahkan berlaku salah faham antara ketiga-tiga lelaki tersebut di Jalan Padungan, Kuching, Sarawak pada 30 Ogos 2024, sekitar jam 2.10 petang.
Ia difahamkan berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap cara pemanduan masing-masing sebelum mereka keluar dari kereta dan mula bergaduh.
Sumber: Utusan Borneo