in

“Terlalu excited lupa akan privasi” – Isu Rakam Tokti Di ATM, Wanita Tampil Beri Penjelasan

Collage 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok telah dikecam netizen gara-gara videonya merakam pertemuannya dengan Dato’ Sri Siti Nurhalia dan anaknya Siti Aafiyah ketika mengeluarkan wang di ATM.

Ramai netizen mengecam tindakan wanita ini dan menganggap rakamannya itu melampau kerana tidak menghormati privasi Tokti dan anaknya yang dilihat tidak selesa.


“Lupa akan privasi”

Ekoran ini, menerusi Instagram peribadinya seorang wanita telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Tokti dan orang ramai atas tindakan kakaknya itu serta turut menjelaskan keadaan tersebut.

Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak yg terasa akan perkongsian moment pertama kali kakak saya bertemu dengan penyanyi nombor 1 negara @ctdk.”

Menurutnya, kakaknya itu terlalu teruja kerana dapat bertemu dengan penyanyi nombor 1 negara sehingga dia tak dapat fikir apa-apa.

https://www.instagram.com/p/CcKlJGRlGCp/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

Keterujaan bertemu penyanyi no 1 negara itu mengaburi segalanya sehingga lupa akan privasi dan peka terhadap ‘certain part to share with public’.

To be honest tidak ada niat utk menganggu privasi, atau menceroboh privasi @ctdk melainkan ingin merakam moment bertemu dengan penyanyi no 1 negara itu.

Kami anggap ini adalah “rezeki” di bulan suci Ramadhan dpt bertemu dengan beliau terutamanya kakak saya yg sememangnya teringin sangat2 berjumpa dengan @ctdk.

Harapnya kejadian ini dapat memberikan pengajaran kepada orang ramai untuk lebih berhati-hati selepas ini dan meminta izin sebelum merakam sesuatu.

 

Baca: [VIDEO] Wanita Mohon Maaf Lepas Teruk Dikecam, Rakam Tokti Keluarkan Duit di ATM

Rakam Siti Di Atm Netizen Marah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.