Hujung minggu lalu, isu antara misi Gaza Ustaz Ebit Lew(UEL) dan Caprice menjadi semakin hangat apabila banyak ‘pendedahan’ yang dilakukan oleh Caprice di IG Story miliknya sehinggakan ada pihak dari belah UEL mula beruara.
Rasanya isu ini tak perlu nak diceritakan dengan lebih lanjut, sebab ramai yang dah tahu pasal hal mereka ni.
Oleh sebab isu mereka menjadi perhatian sehingga rakan selebriti dan pihak-pihak tertentu, hari ini Caprice membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi Instagram miliknya.
Ape yang berlaku adelah kesilapan Caprice sendiri dan tidak terlibat pihak lain.”
Akui silapnya, Caprice memohon maaf kepada Ustaz Ebit Lew, malah permohonan maaf itu ditujukan kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim dan Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein atas ketelanjuran tindakannya sebelum ini.
“Salam Tuanku @hrhcrownprinceofjohor @hishammuddinhussein ebitlew , Caprice mohon minta maaf atas kesilapan Caprice dimana kita terlalu emosi tentang pejuang kita demi ummah, demi Palestine, dan demi Rakyat Malaysia. Ape yang berlaku adelah kesilapan Caprice sendiri dan tidak terlibat pihak lain.
“Caprice nak ucapkan terima kasih kepada DS @hishammuddinhussein , Embassy Malaysia Mesir, dan Kerajaan Egypt for the hospitality, support, and 24hour protection and security selama Caprice berada di Mesir.”
Dalam pada itu, Caprice juga mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
“Caprice nak ucapkan terima kasih juga kepada DS @azeezrahim yang tibe-tiba jadi seorang ayah kepada caprice selama kita kenal. I can never repay you back for the love and care you have shown me throughout this mission.”
Dalam pada itu, Caprice turut memohon maaf kepada ibu dan ayahnya kerana telah menyebabkan mereka risau mengenai keselamatannya.
Boleh baca perkongsiannya disini.
https://www.instagram.com/p/CRfLLCwBZ2J/?utm_medium=copy_link
Oleh sebab itu, Caprice juga menjelaskan bahawa dia akan pulang ke Malaysia selepas misinya selesai.
Baca : Dakwa Hanya Tunjuk Bantu Orang Miskin, Caprice Minta UEL Mohon Maaf Secara Terbuka?