in

“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak fitnah…” – Dai’ Farhan Buat ‘Report’ Polis & Tuntutan Saman Lepas Kena Fitnah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ni, Juara Da’i Pendakwah Milenia Musim ke-2 Nik Ahmad Farhan Nik Muhamad telah memuat naik beberapa keping gambar di laman Instagram miliknya menunjukkan dia telah berkahwin untuk kali yang kedua.


Namun begitu, ada juga pihak yang membuat kenyataan mengenai perkahwinan kedua Da’i Farhan itu tidak dipersetujui oleh isteri pertama dan keluarganya.

Surat Terbuka Buat ”Daie” F. Salamun Alaikum wa Alaina salam.. Firstly, congrats for you Encik F & isteri ke-2 yang…

Posted by Ches Al-Maliki on Sunday, November 24, 2019

Tapi, baru-baru ini, Da’i Farhan telah membuat laporan polis dan tuntutan saman terhadap beberapa individu yang dikatakan telah memfitnah dirinya.

Dia telah memuat naik sekeping gambar sambil memegang dua helai laporan polis di laman Instagram miliknya.

Dia turut berkata telah membuat dua laporan polis dan dua tuntutan saman terhadap beberapa nama individu yang telah disenaraikannya.

Tambahnya lagi, dia ingin memberi pengajaran kepada pengguna media sosial supaya menggunakan medium itu dengan lebih berhemah dan bukannya untuk menyebarkan fitnah.

Netizen semua kalau bagi komen atau pendapat terhadap sesuatu isu tu, kalau boleh berpada-pada lah. Kalau tak pasti lebih baik diam.

 

Baca: “Saya minta kalian semua hormat pendirian ini” – Isteri Pertama Da’i Farhan Buka Mulut, Perjelas Hal Sebenar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.