in

[TERKINI] Suhu Badan Tidak Boleh Dicatat Dalam Bentuk Buku Mahupun Digital – Timb. Menteri Komunikasi Dan Multimedia

Cc1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Antara Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi Perintah Kawal Pergerakan (PKP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan adalah untuk mengimbas kod QR dan menyemak suhu badan sebelum masuk ke dalam mana-mana premis.


Kalau korang biasa pergi kedai, korang perasan tak ada kedai yang minta untuk catat suhu badan dalam buku rekod pengunjung dan ada pula yang hanya semak suhu.

C4 1 3

 

Isu ini telah dijelaskan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin sesi jawab lisan di Dewan Rakyat pada hari ini yang mengatakan suhu badan tidak sepatutnya direkod dalam bentuk buku mahupun disimpan secara digital.

Ini dikatakan bercanggah dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Menurut beliau…

“Hanya nama, nombor telefon, tarikh dan masa kehadiran pengunjung di premis perniagaan perlu direkodkan, sama ada pada buku atau secara simpanan digital. Kalau kita pergi ke premis perniagaan, dia tulis suhu badan, maka ini tidak wajib dan dari segi tatacara yang kita keluarkan, ia salah”

 

 

Rekod pengunjung perlu dihapuskan dalam tempoh tertentu – Datuk Zahidi

Beliau juga ada memaklumkan bahawa rekod pengunjung yang disimpan hanya digunakan untuk pengesahan kontak. Simpanan data hanya boleh dilakukan sehingga 6 bulan tempoh penguatkuasaan PKP. Kemudian ianya perlu dihapuskan secara kekal selepas 9 bulan, lapor Harian Metro.

C3 1 4

 

Jadi lepas ni cukup dengan scan suhu sahaja. Tak perlu catat ya!

 

Baca: “Kalau nak kena kanser, alat tu yang kena” – Doktor Sindir Video Dakwaan Kata Alat Kesan Suhu Boleh Kena Kanser

C2 2 5

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.