in

“Kalau nak kena kanser, alat tu yang kena” – Doktor Sindir Video Dakwaan Kata Alat Kesan Suhu Boleh Kena Kanser

Kanser2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Viral di media sosial apabila ada netizen memandai-mandai buat pendedahan kononnya alat pengesan suhu yang biasa digunakan di tempat awam itu boleh menyebabkan kanser.


Video berdurasi 45 saat itu kononnya nak tunjukkan laser yang selalu ‘ditembak’ di bahagian dahi tu tidak selamat. Sebaliknya kena buat di tapak tangan. Tengok ni.

 

Kegunaannya bukan dikepala sebab laser

Disebabkan itu, seorang doktor menerusi laman Twitter tampil menjelaskan mitos yang didakwa oleh individu dalam video ini.

Sebagai individu dari bidang perubatan, dakwaan ini di tepis habis-habisan oleh Shazwan Sazali ini Disebabkan itu juga doktor yang bertugas dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) ini juga memberikan sedikit keterangan supaya kita semua faham tentang alat ini.

“Saya tak tahu siapa yang buat video ni, tapi jelas ini tidak tepat. Setiap tuduhan perlu ada bukti dan penjelasan berasaskan penelitian. Maka jom belajar sikit pasal IR thermometer ni supaya tak jadi palatao di masa depan.”

 

Infrared thermometer menyebabkan kanser?”

Katanya, alat yang dipanggil sebagai Non-contact infrared thermometers (NCIT) inilah paling mudah. selamat dan senang untuk mengesan suhu badan dari jarak jauh.

Ini kerana NCIT ini, ada kebaikannya boleh:

  • Mengurangkan risiko penyebaran penyakit (non contact)
  • Mudah digunakan
  • Mudah dibersihkan
  • Mengukur suhu dengan kadar lebih cepat

Namun begitu kalau nak pakai kenalah ada cara-caranya supaya suhu dibadan kita tak akan berubah. Mesti korang pernah try buat kat dahi sendiri nombor jadi berubah kan? 

“Pegang NCIT “perpendicular” dengan dahi dan arahkan individu yang sedang diukur suhunya utk kekal tidak bergerak. Jarak alat dengan dahi berbeza setiap alat (sila semak manual sebelum guna). Dilarang sentuh bahagian sensor NCIT & pastikan sensor bersih & kering.”

 

Bahaya ke?

Untuk mengukuhkan bukti tentang alat ini, Shazwan mengemukakan  fakta daripada satu kajian Feng Luzhao, seorang researcher dari Chinese Center for Disease Control and Prevention, IR thermometers berfungsi dengan menerima radiasi thermal yang disebarkan oleh tubuh manusia sendiri.

“Alat tersebut TIDAK mengeluarkan sebarang radiasi yang boleh membahayakan kesihatan manusia. Alat tersebut MENERIMA RADIASI, bukan MENGELUARKAN RADIASI.”

Malah tiada langsung nak dikaikan dengan kanser.

Kalau nak kena kanser, bukan kita yang kena, alat tu yang kena. Dahlah alat tu terima radiasi tubuh manusia, kena pula ukur dahi kepala manusia yang palatao ni.”

Thread yang dikongsikan itu telah meraih lebih 2.2K jumlah retweets dalam masa 20 jam ia dimuatnaik. Salah satu yang kongsikannya adalah KKM sendiri.

Bak kata Shazwan, kalau tak tahu, bertanya. Jangan sesuka hati keluarkan video yang boleh mengelirukan orang ramai.

 

Baca : “Kalau dia tak bagitahu, mungkin lebih teruk” – Wartawan Sedar Ada Kanser Lepas Penonton Nampak Benjolan Pada Leher

Kanser

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.