in

[TERKINI] Sekolah Menengah & Rendah Akan Dibuka Semula Untuk Semua Bermula 15 Julai Ini!

Collage 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang tahu, sejak 24 Jun lalu, sekolah telah pun dibuka untuk pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan awam seperti SPM, STPM, SPAM dan SVM.


Bagi pelajar-pelajar lain, pembelajaran atas talian dari rumah terus dijalankan buat masa ini.

Namun, sebentar tadi, Menteri Kanan Pendidian, Dr. Radzi Jidin mengumumkan dalam sidang media bahawa, Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun membuat keputusan untuk buka semula sekolah bermula 15 Julai ini.

Pada 15 Julai, sekolah akan dibuka semula untuk Tingkatan 6 Semester 1, Kelas Peralihan, Tingkatan 1 hingga 4 serta murid Tahun 5 & 6. Pembukaan ini akan melibatkan seramai 2,539,297 murid.

553

Manakala bagi murid sekolah rendah tahun 1 hingga 4 pula, sekolah akan dibuka semula untuk mereka pada 22 Julai ini juga pada hari Rabu yang akan melibatkan seramai 1,850,768 murid.

Walaupun sekolah akan dibuka semula kepada semua pelajar, SOP tetap perlu diikut seperti menjarakkan meja sejauh 1 meter, periksa suhu sebelum masuk ke sekolah, penjarakan sosial, rehat di kelas dan sebagainya.

Tarikh pembukaan ini tertakluk kepada semua sekolah termasuk sekolah kerajaan dan swasta dan mana-mana sekolah yang berdaftar.

Kerajaan turut menasihatkan supaya ibu bapa pantau kesihatan anak-anak dan jika anak tak sihat, jangan benarkan mereka untuk pergi ke sekolah.

 

Baca: [TERKINI] Pelajar SPM & STPM Mula Sekolah 24 Jun Yang Lain Belajar Di Rumah Dulu

Screenshot 2020 07 01 At 3.36.45 Pm

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.