Hari Merdeka tahun ini lebih manis apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) mengumumkan setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun dan ke atas akan menerima RM 100 secara one-off melalui MyKad di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Bantuan ini boleh dibelanjakan mulai 31 Ogos 2025 sehingga 31 Disember 2025 bagi membeli barangan asas di lebih 4,100 kedai termasuk pasar raya utama seperti Mydin, Lotus, Econsave dan 99Speedmart serta kedai-kedai runcit di semua daerah seluruh negara.
Bantuan ini diberikan secara individu maka jika sebuah isi rumah ada dua orang dewasa dan seorang anak makanya isi rumah itu mendapat RM300.
Difahamkan, jumlah peruntukan STR dan SARA meningkat daripada RM13 bilion kepada RM15 bilion untuk 2025.
Berita lanjut menyusul.