in

[TERKINI] Rentas Negeri Mula Esok Hanya Untuk Individu Lengkap Vaksin – PM

Sidang Media Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru sebentar tadi, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberikan ucapan menerusi sidang media khas yang berlangsung di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.


Putra Sjr E1633850028818

Menurut Perdana Menteri, aktiviti rentas negeri seluruh negara hanya dibenarkan untuk individu lengkap vaksin dua dos.

Kelonggaran merentas negeri seluruh negara ini akan berkuatkuasa pada Isnin 10 Oktober 2021.

Disebabkan kelonggaran ini akan berkuatkuasa esok, aktiviti perlancongan juga dibenarkan.

Meskipun tiada sekatan jalan raya (SJR) secara khusus untuk merentas negeri, masih ada pemeriksaan secara rawak oleh pihak polis bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) terus dipatuhi.

Walaupun begitu, kawasan yang masih dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) masih tidak dibenarkan melakukan aktiviti rentas negeri.

Dalam pada itu, menerusi ucapan sama, Perdana Menteri mengumumkan bahawa kadar vaksinasi golongan dewasa negara pada masa kini adalah sudah mencecah 90%.

Pun begitu, ucap Perdana Menteri, meskipun kebebasan merentas negeri sudah diberikan, beliau berharap agar orang ramai tidak leka dan masih terus mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Baca: Rentas Negeri Bakal Dibenarkan Dalam Masa Beberapa Hari Lagi, Ini Pesanan Dr Hisham

Collage 12 E1633840865978

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.