in

[TERKINI] Rekod Kematian Tertinggi! 24 Kematian Dilaporkan Hari Ini & 3,100 Kes Positif Baharu Covid-19

Hisham 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini 8 Februari 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa Malaysia telah mencatat sebanyak 3,100 kes positif baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 245,552 setakat 12 tengah hari tadi.


Untuk pengetahuan korang, dari 3,100 kes positif baharu hari ini, 3,009 adalah kes tempatan dan 1 daripadanya adalah kes import.

147371663 4074332205923970 2259245684868837172 N

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif setakat ini adalah 51,977 kes.

Manakala seramai 282 pesakit berada dalam ICU dan 134 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

KKM juga memaklumkan, hari ini Malaysia mencatat jumlah kematian tertinggi sebanyak 24 kematian menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 896 kes.

Jumlah kes sembuh hari ini adalah sebanyak 2,340 kes menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 192,679 kes.

 

Baca: [TERKINI] Naik Balik, 4,248 Kes Positif Baharu & 18 Kematian Dilaporkan Hari Ini

Collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.