in

[TERKINI] PM Umum Cuti Kelepasan Am Pada 18 & 19 November Ini

ft PRU15 dapat cuti am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi memudahkan urusan rakyat Malaysia menjalankan tanggungjawab mereka untuk Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri telah mengumumkan cuti umum cuti kelepasan am pada 18 dan 19 November ini.

Sementara itu, tarikh pembayaran gaji penjawat awam bagi November 2022 diawalkan pada 17 November ini dan bayaran pencen kepada pesara pada 14 November ini.


Bahkan, sebanyak 30 konsesi lebuh raya  telah bersetuju untuk memberikan tol percuma pada 18 dan 19 November ini kepada pengguna.

Terdahulu, Kementerian Sumber Manusia telah menggesa para majikan dalam sektor swasta agar dapat memberikan kebenaran kepada pekerja mereka untuk keluar mengundi dimana pekerja harus diberikan pilihan dengan pemberian “time-off” iaitu hari pelepasan berganti atau cuti tahunan.

Baca : PRU15: Majikan Boleh Didakwa Jika Potong Gaji Pekerja Yang Pergi Mengundi

ft kementerian sumber manusia PRU15 e1668222057162

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.