in

[TERKINI] Kes Naik Semula, Malaysia Catat 6,440 Kes Harian Covid-19

Cats 69

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kita agak lega bila tengok kes harian Covid-19 di negara kita menunjukkan penurunan, mungkin hasil ‘total lockdown’ kali ini sudah nampak kesan? Tapi, kelegaan itu tidak kekal lama bila kes kembali menunjukkan peningkatan.


Terbaru, Malaysia mencatatkan jumlah kes positif pada hari ini (18 Jun) iaitu sebanyak 6,440 kes.

Perkara ini telah dimaklumkan oleh Ketua Pengarah KKM Tan Sri Dr Hisham Abdullah melalui perkongsiannya di Twitter rasminya baru-baru ini.

E4Jscwwviaqd Qt

 

Selangor masih negeri tertinggi

Melalui perincian kes, Selangor masih mencatatkan jumlah kes positif Covid-19 tertinggi berbanding negeri-negeri lain iaitu sebanyak 2,095 kes diikuti Negeri Sembilan dengan 870 kes dan Kuala Lumpur dengan 816 kes pada hari ini.

Unnamed File

Kalau korang tengok dekat perincian di atas, kebanyakan negeri merekodkan kes dengan tiga angka tetapi Pahang dan Terengganu masing-masing mencatatkan kes dua angka iaitu 32 kes di Terengganu dan 79 kes di Pahang.

Selain itu, terdapat dua negeri yang hanya mencatatkan kes dengan satu angka iatu 2 kes di Perlis dan 6 kes di Putrajaya.

Rata-rata netizen mula bimbang bila tengok jumlah kes meningkat balik. Ada juga yang mempertikaikan keberkesanan ‘total lockdown’ yang kerajaan laksanakan bila tengok kes tidak menunjukkan sebarang penurunan.

 

Sumber: DGHisham

Baca:[TERKINI] Meningkat! 5,738 Kes Positif Covid-19 Dilaporkan Hari Ini, Selangor & Negeri Sembilan Catat Kes Tertinggi

Capture 43

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.