MH370: The Untold Story, sebuah dokumentari hasil siasatan Sky News Australia yang bakal ditayangkan pada 19 dan 20 Februari depan dikatakan berjaya menjejaki ‘wanita misteri’ yang boleh bongkar misteri kehilangan pesawat MH370…seriouslah?
Dikatakan ‘wanita misteri’ tersebut ada menghantar mesej kepada salah seorang lelaki di dalam pesawat MH370 dua hari sebelum ianya dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014, lapor Sinar Harian.
Enam tahun lalu, pihak berkuasa ada menyiasat buat pertama kalinya mengenai wanita misteri yang didakwa ada buat panggilan selama 2 minit kepada juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah.
Panggilan itu dilakukan menggunakan kad SIM yang didaftar menggunakan identiti palsu, sebelum pesawat tersebut berlepas.
Dan itu merupakan panggilan terakhir yang dibuat atau diterima menerusi telefon bimbit milik Kapten Zaharie sebelum pesawat Boeing 777 itu meninggalkan Kuala Lumpur.
Nombor telefon bimbit tersebut turut dikesan di sebuah kedai di Kuala Lumpur dan usaha telah dilancarkan untuk mengesan wanita yang membuat panggilan terbabit berikutan pihak berkuasa bimbang kemungkinan ada kaitan dengan kumpulan pengganas yang sering menggunakan kad SIM tidak dapat dijejaki”.
Namun sehingga kini persoalan tidak jelas, sama ada kedua-dua wanita tersebut adalah individu yang sama atau sebaliknya.
Kini memasuki hampir tahun keenam kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH370.
Dokumentari tersebut menyatakan janji mereka untuk dedahkan bukti termasuk dari lokasi yang dipercayai oleh pakar, bangkai pesawat itu boleh ditemui.
Pendedahan wartawan Sky News Australia, Peter Stefanovic agak mengejutkan bila dia mendakwa yang pihak berkuasa tahun mengenai perkara sebenar yang berlaku kepada pesawat tersebut dalam tempoh seminggu ia hilang.
Bagaimanapun perkara itu tidak didedahkan kepada umum.
MH370 merupakan untaian misteri penerbangan terbesar dalam sejarah dunia, malah kos pencariannya juga mencatatkan jumlah paling tinggi.