Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 2,062 kes baru telah dilaporkan hari ini (22 Disember 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 97,389 kes.
Dari 2,062 kes ini, 2,058 adalah kes tempatan dan 4 kes import.
Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 17,646 kes.
Manakala 111 pesakit berada di ICU dan 51 kes memerlukan bantuan pernafasan.
1 kes kematian baru menjadikan jumlah kematian kekal sebanyak 439 kes.
911 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 79,304 kes.
Baca: [TERKINI] Meningkat! 2,018 Kes Positif Covid-19 Baharu & 1 Kematian Dilaporkan Hari Ini