Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 1,581 kes baru telah dilaporkan hari ini (24 Disember 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 100,318 kes.
Dari 1,348 kes ini, 1,332 adalah kes tempatan dan 16 kes import.
Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 18,773 kes.
Manakala 102 pesakit berada di ICU dan 45 kes memerlukan bantuan pernafasan.
2 kes kematian baru menjadikan jumlah kematian kekal sebanyak 446 kes.
1,085 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 81,099 kes.
Baca: [TERKINI] Meningkat Lagi! 2,062 Kes Positif Baru & 1 Kes Kematian Dilaporkan Hari Ini