in

[TERKINI] Malaysia Catat 126 Kes Kematian Harian Tertinggi Hari Ini

Collage 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas menunjukkan sedikit penurunan kes positif harian sejak mencecah angka lebih 9,000 empat hari lalu.


Hari ini pula, rakyat Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan angka kematian tertinggi yang pernah dicatatkan di Malaysia.

Menerusi Twitter rasmi, Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini telah mencatatkan kes kematian harian Covid-19 tertinggi sejak pandemik bermula di Malaysia iaitu sebanyak 126 kematian.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia hari ini adalah sebanyak 2,993.

E23Uf1Aucaer43

Selain itu, hari ini juga Malaysia telah mencatat sebanyak 7,703 kes positif baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 587,165 setakat 12 tengah hari tadi.

Untuk pengetahuan korang, dari 7,703 kes positif baharu hari ini, 7,701 adalah kes tempatan dan 2 kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif setakat ini adalah 82,274 kes.

Manakala seramai 878 pesakit berada dalam ICU dan 441 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah kes sembuh hari ini adalah sebanyak 5,777 kes menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 501,898 kes.

 

Baca: [TERKINI] 7,703 Kes Positif Baharu Dilaporkan Hari Ini, Hampir Separuh Di Lembah Klang Sahaja

Collage 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.