in

[TERKINI] 7,703 Kes Positif Baharu Dilaporkan Hari Ini, Hampir Separuh Di Lembah Klang Sahaja

Collage 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan terdapat sebanyak 7,703 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini (2 Jun 2021).


Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini di Malaysia adalah sebanyak 587,165 kes.

Mengikut pecahan kes yang dikongsikan oleh Ketua Pengarah KKM, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter rasminya, hampir separuh iaitu 44.5 peratus kes yang dilaporkan hari ini dari Lembah Klang (Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya).

Selangor masih kekal sebagai negeri dengan kes tertinggi sebanyak 2,728 kes diikuti Kuala Lumpur dengan 701 kes dan Sarawak 588 kes.

Negeri dengan kes terendah pula merupakan Putrajaya yang hanya mencatat 1 kes sahaja hari ini meninggalkan Perlis dengan 7 kes dan Labuan 159 kes.

Netizen berharap total lockdown yang dijalankan oleh kerajaan sejak semalam ini dapat membantu mengurangkan kes harian Covid-19 di Malaysia.

 

Baca: [TERKINI] Malaysia Catat 7,105 Kes Positif Covid-19 Hari Ini

Screenshot 2021 06 02 At 3.22.00 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.