Sebentar tadi, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media memaklumkan yang kerajaan membenarkan majlis sosial seperti kenduri dan sambutan hari lahir bermula 1 Julai.
Bagaimanapun beliau berkata,
Kehadiran ke majlis seperti itu dihadkan kepada 250 orang pada satu masa, dan selama 3 hingga 5 jam sahaja.
Antara majlis lain yang dibenarkan adalah seperti pertunangan, reunion dan ulanngtahun perkahwinan, lapor FMT.
Kebenaran turut diberikan bagi majlis bersifat keagamaan seperti tahlil, akikah dan doa selamat.