in

[TERKINI] Kerajaan Bakal Kenakan Cukai Untuk Produk Vape Tahun Ini

duti eksais

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Belanjawan 2023 atau Belanjawan MADANI baru sahaja dibentangkan pada hari ini. Tentunya, semua rakyat Malaysia menanti untuk mengetahui apakah pulangan yang diberikan oleh kerajaan kepada semua golongan tidak kira agama, status sosial dan bangsa.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan mula mengenakan duti eksais ke atas cecair yang digunakan rokok elektronik atau vape. Duti akan hanya dikenakan ke atas cecair yang mengandungi nikotin.


vape

Industri vape di Malaysia kini dianggarkan bernilai RM2 billion walaupun tidak sah di sisi undang-undang.

Menerusi duti yang dikenakan ini, 50% hasil kutipan akan disalurkan ke Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan.

Pada waktu yang sama ini ialah langkah kerajaan untuk menyokong ikhtiar Dasar Generasi Penamat (GEG) yang diumumkan sebelum ini.

image 1

Berita lanjut menyusul…

Baca: [TERKINI] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2023 Oleh PM Anwar Ibrahim

MADANI BAJET BELANJAWAN 2O23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.