in

[TERKINI] Kekal Tinggi Dengan 2,985 Kes Positif Baharu Covid-19 & 4 Kematian Dilaporkan Hari Ini

Hisham 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini 13 Januari 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa Malaysia telah mencatat sebanyak 2,985 kes positif baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 144,518 setakat 12 tengah hari tadi.


Untuk pengetahuan korang, dari 2,985 kes positif baharu hari ini, 2,983 adalah kes tempatan dan 2 daripadanya adalah kes import.

Screenshot 2021 01 13 At 6.19.35 Pm

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif setakat ini adalah 32,377 kes.

Manakala seramai 197 pesakit berada dalam ICU dan 79 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

KKM juga memaklumkan, hari ini Malaysia mencatat sebanyak 4 kematian menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 563 kes.

Jumlah kes sembuh hari ini adalah sebanyak 994 kes menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 111,578 kes.

 

Baca: [TERKINI] Dah Cecah 3K! 3,027 Kes Positif Baharu & 8 Kematian Dilaporkan Hari Ini

Collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.