in

[TERKINI] Kekal Empat Angka! 1,009 Kes Positif Baru & 6 Kematian Dicatatkan Hari Ini

Noor Hisham Abdullah2 03072020 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 1,009 kes baru telah dilaporkan hari ini (5 November 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 36,434 kes.


Sabah 564 kes, 180 kes di Selangor, 90 kes di Negeri Sembilan, 36 kes di Pulau Pinang.

Dari 1,009 kes ini, 1,000 adalah kes tempatan dan 9 kes import. 

Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 10,503 kes.

Manakala 78 pesakit berada di ICU dan 28 kes memerlukan bantuan pernafasan.

6 kes kematian baru menjadikan jumlah kematian kekal sebanyak 277 kes.

839 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 25,654 kes.

 

Baca: [TERKINI] Naik Balik! 1,054 Kes Positif Baru & 12 Kematian Dilaporkan Hari Ini!

Noor Hisham Abdullah2 03072020 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.