in

[TERKINI] Dewan Rakyat Setuju Kenakan Cukai 10% Untuk ‘Online Shopping’ Tahun Depan

Ft Cukai 10 Peratus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-undang Cukai Jualan (Pindaan) 2022 di mana ia akan mengenakan cukai jualan sebanyak 10% ke atas barangan yang dibeli secara atas talian dan dihantar ke Malaysia oleh vendor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan. Rang undang-undang itu diluluskan dengan undi suara majoriti.


Kadar ini akan dikenakan ke atas barangan bernilai rendah (LVG) yang dijual dalam talian, barang yang berharga di bawah RM500. Kadar cukai ini akan dilaksanakan pada tahun depan.

RUU itu diluluskan selepas perbahasan antara Timbalan Menteri Kewangan, Shahar Abdullah dan ahli parlimen pembangkang.

Shahar berkata kerajaan dijangka mengutip RM200 juta setahun daripada pelaksanaan cukai itu. Beliau menambah bahawa cukai itu akan menyamakan kedudukan antara penjual dalam talian di dalam dan di luar Malaysia.

Bagaimanapun, Lim Guan Eng (PH-Bagan) berhujah bahawa cukai itu akan membebankan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah untuk membeli produk secara dalam talian.

“Kita perlu memikirkan tentang mengurangkan cukai, bukan meningkatkan cukai untuk mereka (rakyat Malaysia berpendapatan rendah),” kata Lim semasa membahaskan RUU itu.

Beliau menambah bahawa cukai itu juga akan menghalang rakyat Malaysia daripada menceburi bidang e-dagang.

Ianya dipersutujui oleh Ahli Parlimen PH lain seperti Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) dan RSN Rayer (PH-Jelutong).

Sementara itu, Cha Kee Chin (PH-Rasah) mempersoalkan sama ada cukai itu akan menjejaskan kuasa beli rakyat Malaysia dan sama ada kementerian kewangan telah menjalankan penyelidikan mengenainya.

Sabri Azit (PAS-Jerai) menyokong RUU itu, berkata ia boleh merangsang ekonomi. Bagaimanapun, beliau menggesa kadar 10% itu dikurangkan.

“Saya berharap kadar cukai dapat dikurangkan kerana ia akan menambah kos pelanggan.

“Penurunan cukai akan merangsang ekonomi dengan lebih baik dan meningkatkan aktiviti jualan,” kata ahli parlimen PAS itu.

Ketika membentangkan Bajet 2022 November lalu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz berkata cukai jualan akan dikenakan ke atas barangan bernilai rendah yang diperoleh dari luar negara dan dijual melalui platform dalam talian yang akan dihantar ke negara ini.

Baca : Teresa Kok Tepis Dakwaan Najib Razak Kata Dirinya ‘Online Shopping’ Dalam Parlimen

Ft Teresa Kok Respon Dakwaan Online Shopping

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.