in

[TERKINI] Caryn Yean Telah Dipecat Serta Merta!

Carynyean5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum, sikap keterlaluan kakitangan Honda yang tidak sensitif ini mencetuskan kemarahan orang ramai.



Kesannya, dia telah digantung kerja ekoran dengan penularan tentang maklumat peribadinya sehingga tempat kerjanya telah didedahkan.

Terkesan dengan tohmahan itu, pihak Honda cawangan Sri Utama akhirnya melucutkan jawatan pekerja tersebut disebabkan gesaan netizen yang anggap tindakan gantung kerja itu tak adil.

 

Salah laku yang melanggar polisi syarikat – Honda

48393448 2494125913936027 1699133734252445696 N
Sumber : facebook

“We would like to update that upon concluding the internal investigation and the said employee found to have breached the company’s policy with her misconduct, the said employee’s employment with Sri Utama Auto Sdn Bhd has been terminated with immediate effect.
We once again apologize for the hurt her comment has caused. We will be more attentive in training and educating our employees to instil high moral values and respect for all individuals at all times.”

Terjemahan :

“Kami ingin memaklumkan bahawa  siasatan dalaman telah dijalankan dan pekerja tersebut didapati telah melanggar dasar syarikat dengan salah lakunya, pihak Sri Utama Auto Sdn Bhd telah memberhentikan pekerja tersebut dengan kadar segera. Sekali lagi kami memohon maaf atas komen kasarnya yang mengguris hati pelbagai pihak. Kami akan lebih prihatin dalam melatih dan mendidik pekerja kami untuk menanamkan nilai moral yang tinggi dan menghormati semua individu sepanjang masa.”

Sebelum ini, Caryn telah mengeluarkan kenyataan tak sensitif diruangan komen dengan memperlekehkan ketuhanan agama lain atas kematian Adib.

Komennya yang mengatakan “bukan kerajaan gagal, tuhan u(kamu) yang gagal tak sembuhkan Adib”  dalam satu Facebook Live akhbar tempatan itu menjadi viral apabila ada netizen stalk profil Facebooknya.

Itu lah, orang kata cakap siang pandang-pandang, cakap malam bisik-bisik. Terlajak perahu boleh berundur, terlajak komen? Ni lah jadinya..

Baca : Staff Honda Yang Biadap Komen Mempersendakan Tuhan Atas Kematian Adib Telah Digantung Kerja

Carynyean4 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.