in

[TERKINI] Air Naik Sampai 1.5 Meter! Lepas Kuala Lumpur, Kini Sarawak Pula Dilanda Banjir

Ft Image 14 Sept

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas banjir melanda Kuala Lumpur beberapa hari lalu, hari ini Sarawak pulak hadapi perkara yang sama.


Kejadian berlaku di beberapa kawasan rendah di Kapit dan Miri menyebabkan ramai keluarga menjadi mangsa.

Banjir ini dipercayai berpunca daripada hujan lebat yang melanda kawasan itu sejak kelmarin.

 

Paras air terus naik!

Kenaikan paras air sungai berlaku secara mendadak sebab adanya pertembungan air pasang besar dan hujan di kawasan hulu.

Banjir Sarawak Ii

 Pemantauan sehingga jam 6.30 pagi ini mendapati paras air terus naik di beberapa tempat. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak

Disebabkan air makin naik, pemindahan penduduk Rumah Panjang Philimon dilakukan ke Sekolah Kebangsaan Nanga Bawai, Kapit. Tapi bilangan penduduk yang dipindahkan belum diketahui.

Pemindahan tersebut dilakukan selepas diarahkan oleh Tuai Rumah (Ketua Kampung) apabila paras air dilihat makin tinggi pagi ini.

Kata JPBM Sarawak lagi, rumah panjang tersebut menempatkan seramai 126 individu serta mempunyai 23 pintu.

Banjir Sarawak

Kedudukan rumah panjang tersebut terletak kira-kira 20 kilometer dari Pekan Kapit.

Kawasan yang turut terjejas disebabkan banjir ialah Kampung Baru Kapit apabila paras air mula naik setinggi 1.5 meter.

 

Tingginya!

Walaupun rumah dikawasan tersebut mempunyai tiang yang tinggi, namun kenaikan paras air dikhuatiri merisikokan keselamatan penduduk.

Bagi mengelakkan risiko, penduduk Kampung Baru di Kapit diarahkan untuk berpindah ke rumah saudara-mara yang lebih tinggi.

Menurut laporan Berita Harian, sebanyak 16 rumah di Kampung Muhibbah turut terjejas akibat banjir ni.

Namun penduduk belum dapat arahan lagi untuk berpindah walaupun paras air makin naik.

Manakala dekat Miri pula, paras air juga dilihat semakin tinggi hingga menjejaskan kawasan Long Bemang dan Long Loyang di hulu Baram serta Kampung Stapang di Marudi.

 

Baca : Selama ni rupanya kereta aku dua alam [Video] Hebat! Aksi Produa Kelisa Berenang Redah Banjir Kilat Di KL

Banjir Kl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.