in

‘Selama ni rupanya kereta aku dua alam’ – [Video] Hebat! Aksi Produa Kelisa ‘Berenang’ Redah Banjir Kilat Di KL

Gambar Hiasan 32

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika minggu lepas bekalan air terjejas di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur, semalam kita terima lebihan air pula selepas mengalami banjir kilat. Dua perkara ini seolah-olah tiada kesudahannya.


Namun, dalam menghadapi fenomena alam ini, banyak gambar-gambar dan video menunjukkan beberapa kawasan terjejas teruk menjadi perhatian netizen. Pun begitu, satu video kereta Perodua Kelisa ‘berenang’ redah banjir di tengah kota raya ini membuatkan ramai netizen ‘terpegun’.

Kelisa ni dah lowkey Emperor. Tenang je tgk Myvi2 lain jadi King.

Posted by Tahiposting on Khamis, 10 September 2020

Menerusi video tersebut berdurasi 40 saat yang tular di Facebook itu, Kelisa berkenaan dilihat melalui kawasan banjir yang agak dalam di hadapan deretan kedai di Kuala Lumpur.

Mungkin dengan kemahiran pemandunya dan sorakan orang ramai yang memberi semangat di situ, Kelisa tersebut berjaya ‘berenang’ meredah air banjir dengan selamat. Fuhh, power!

Rata-rata netizen yang membanjiri ruangan komen mengakui kehebatan kelisa dan turut terhibur dengan sokongan yang diberikan oleh orang ramai di tempat kejadian.

1 11

2 8

Siapa cakap barang Malaysia tak padu?

 

Baca: Perodua Kancil Terbakar Kerana Power Bank Ditinggalkan di Dalam Kereta

As

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.