Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 7 kes baru telah dilaporkan hari ini (13 Julai 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 8,725 kes.
Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 83 kes.
Manakala 4 pesakit berada di ICU dan 3 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
TIADA kes kematian baru menjadikan jumlah kematian kekal sebanyak 122 kes.
1 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 8,520 kes.
Baca: [TERKINI] Naik Dua Angka: 13 Kes Baru, 12 Kes Pulih & TIADA Kematian