in

[TERKINI] 3,332 Kes Positif Baru, 1,943 Kes Sembuh & 15 Kematian Dilaporkan Hari Ini

Hisham 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini melaporkan, sebanyak 3,332 kes positif Covid-19 telah dilaporkan sejak 24 jam yang lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini sebanyak 404,925.


Selangor telah mencatatkan kes tertinggi sebanyak 1,083 kes diikuti dengan Sarawak 552 kes, Kelantan 401 kes, Kuala Lumpur 359 kes dan Johor 207 kes.

176972453 10157893484351237 8744511467744721375 N

Manakala di Labuan, tiada kes baru dilaporkan.

Untuk pengetahuan korang, dari 3,332 kes positif baharu hari ini, 3,323 adalah kes tempatan dan 9 kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif setakat ini adalah 28, 093 kes.

Manakala seramai 309 pesakit berada dalam ICU dan 147 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

KKM juga memaklumkan, hari ini Malaysia mencatat jumlah kematian tertinggi sebanyak 15 kematian menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 1,492 kes.

Jumlah kes sembuh hari ini adalah sebanyak 1,943 kes menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 375, 340 kes.

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.