in

[TERKINI] 23 Pekerja Tropicana Golf & Country Resort Positif COVID-19

Cc 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah dilaksanakan di asrama pekerja Tropicana Golf & Country Resort susulan beberapa pekerja telah disahkan positif Covid-19.


C1 8

Hasil pemeriksaan lanjut, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal telah mengesahkan Sejumlah 23 kakitangan Tropicana Golf and Country Resort disahkan positif COVID-19.

Beliau menjelaskan sebanyak pertambahan 12 kes positif dicatatkan pada hari ini berbanding semalam hanya 11 kakitangan disahkan positif COVID-19.

“Setakat ini, 23 kakitangan Tropicana Golf and Country Resort disahkan positif COVID-19. Sebanyak pertambahan 12 kes pada hari ini (Isnin) selepas keputusan saringan didapati.”

“Kami dimaklumkan seramai 567 kakitangan tinggal di asrama disediakan ini, ujian saringan akan dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bermula 14 Oktober ini,”

C 10

Sehingga kini, asrama pekerja tersebut dikawal ketat dan semua laluan masuk ke kawasan asrama berkenaan dipantau oleh pihak polis dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), lapor Astro Awani.

 

Baca: Ahli Gim Fitness First Platinum Cawangan Aeon Bukit Tinggi Klang Disahkan Positif Covid-19

Page 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.