in

“Terkesima ke?” – [VIDEO] Amerul Affendi Segak Bergaya, Netizen Tanya Sindir Siapa Tu?

amerul affendi segak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai yang mengetahui tentang perbalahan yang sedang berlaku di antara A. Aida dan beberapa anak seni tempatan mengenai isu mementingkan paras rupa daripada bakat lakonan. Susulan itu, beberapa pelakon tempatan telah menolak kenyataan itu.

Baru-baru ini, pelakon Amerul Affendi telah memuat naik satu video dari akaun Tiktok peminatnya ke akaun laman sosial Twitter peribadinya.


Video itu memaparkan dirinya segak bergaya memakai coat, telah menimbulkan pelbagai reaksi netizen semenjak isu paras rupa dipentingkan berbanding bakat lakonan.

Apa yang menarik perhatian warganet adalah kapsyen ciapan tersebut yang ditulis oleh Amerul Affendi seolah-olah memerli pihak tertentu dengan penampilan yang nampak lain dari biasa.

“Finas diam je? Dah kenapa? Terkesima ke?”

Menurut Amerul, pakaian formal yang dipakainya itu merupakan penampilan yang dipilih semasa menghadirkan diri untuk anugerah Best Supporting Actor di Asian International Film Festival pada tahun 2019.

Meninjau ke bahagian replies ciapan itu, ramai peminat memuji penampilan yang Amerul Affendi kerana selama ini mereka lebih fokus kepada kualiti lakonan yang sering dibawa oleh pelakon itu.

Screenshot 2022 10 28 160632

Screenshot 2022 10 28 160701

Screenshot 2022 10 28 160729

Pelakon itu juga turut menegaskan bahawa dia sememangnya sangat menyayangi pelakon-pelakon muda yang berdisiplin dalam bergelar anak seni malah mengharapkan supaya mereka turut diberikan peluang serta ruang untuk melebarkan bakat masing-masing.

Memang segak bergaya betul Amerul ni, bakat dia berlakon pun powerrr, memang full pakej lah orang kata…

Baca : Viral Isu Anak Seni Bergaduh Pilih Rupa Dari Bakat, CEO Finas Buka Mulut

anak seni bergaduh 1

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.