in

Terkena Percikan Asid Akibat Perselisihan Ibu Bapa, Wanita Tak Pernah Simpan Dendam Dengan Ayah

Simbah Asid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan perselisihan yang berlaku di antara ibu bapanya, sebahagian daripada wajah Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan cedera akibat terkena percikan asid yang dipegang oleh ayahnya pada ketika itu.


Jelas Nurul Dahyatul, 22, insiden 14 tahun lepas yang tidak disengajakan oleh bapa dan ibunya masih segar dalam ingatannya kerana parut itu kekal hingga kini. Pun begitu, dia langsung tidak menyimpan dendam terhadap mereka.

Artikel berkaitan : Dakwa Ada Maklumat Kes Simbah Asid Faisal Halim, Polis Cari ‘Muhammad Imran Suresh

Artikel berkaitan : Pelaku Guna Asid Sulfurik Pekat Punca Faisal Halim Melecur Tahap 4

Img 3273

Mengimbau semula kejadian tersebut, wanita ini menjelaskan yang dia tidak tahu bahawa bapanya ada membawa pulang sebungkus plastik berisi cecair yang dicampurkan dengan minyak enjin motosikal.

Katanya, ketika pertengkaran berlaku di ruang tamu, dia bersama adik beradik ada di dalam bilik tidur. Namun, dia bersama adiknya Mohd Irfan yang kini sudah berumur 16 tahun ingin menjenguk keadaan ibu bapanya itu.

Img 3274

“Saya tidak pernah pun berdendam dengan ayah. Selepas kejadian itu, mereka bercerai dan kami adik-beradik duduk dengan mak.”

“Ayah dimasukkan ke dalam penjara disebabkan isu ini dan dibebaskan pada 2017. Waktu cuti sekolah dulu memang kami akan balik ke rumah ayah.”

“Masa mereka bergaduh, kami ada di dalam bilik tetapi saya dan adik cuba menjenguk. Ayah pegang satu bungkusan plastik yang ada cecair di dalamnya.”

“Ibu dan ayah cuba berebut bungkusan tersebut sehingga menyebabkan bungkusan plastik itu pecah dan kami terkena percikan cecair yang sebenarnya asid dicampur dengan minyak enjin.”

Akibat kejadian itu, dia mengalami cedera parah pada bahagian muka dan mata, manakala adiknya, Mohd Irfan dan ibunya, Che Ku Zaimah Che Ku Awang turut mengalami kecederaan.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.