Mendapat penyewa yang bertanggungjawab dan menjaga rumah seperti milik mereka sendiri adalah satu rezeki.
Namun, nasib tidak menyebelahi buat pemilik rumah ini apabila rumah yang disewakan dalam keadaan lengkap dan bersih, tidak ubah seperti tapak pembuangan sampah.
Perkara itu dikongsikan oleh seorang pemilik rumah yang begitu terkejut ketika datang melihat rumah berkenaan.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan seluruh ruang kediaman itu dipenuhi longgokan plastik, pakaian dan kotak sehingga menutupi hampir semua laluan.
Difahamkan, rumah yang disewakan itu pada awalnya bersih dan dilengkapi perabot demi keselesaan penyewa kini hampir semuanya rosak dan tidak terjaga.
Artikel berkaitan: “Mereka ‘hoarder’” – ‘Influencer TikTok’ Rosakkan Rumah Sewa, Pemilik Dedah Kerosakan RM 33K
Artikel berkaitan: Tuan Rumah Terkejut Tengok Penyewa Bela Ayam Dalam Rumah Flat


Kata pemilik rumah, dia terdetik hati untuk membuat pemeriksaan ke rumah itu kerana bil utiliti melambung tinggi.
Lebih memburukkan keadaan, penyewa terbabit didakwa enggan mengosongkan rumah walaupun telah diminta berbuat demikian sejak minggu lalu.
“Dia cakap dia OKU la, tak ada tempat nak pergi la. Bila kami minta keluar, dia ugut nak call polis. Kami cabar dia call, ini rumah kami,” katanya.
Susulan itu, katanya, pihak polis telah memberi tempoh satu hingga dua minggu kepada penyewa terbabit untuk keluar dan jika gagal, laporan susulan akan dibuat untuk tindakan pengusiran.
@ftnramlie PENYEWA DARI NERAKA!🦶🏻😒
Pemilik rumah turut meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa telah banyak bertolak ansur dengan penyewa itu, termasuk menerima bayaran sewa lewat, menanggung tunggakan bil elektrik dan air, serta hanya menerima deposit sebanyak RM1,500.
Perkongsian video itu turut mendapat pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab penyewa berkenaan.
