Terkejut Jumpa Kondom Dalam Wallet Anak, Mak Hiris Kondom Depan Anak Sambil Membebel Selama 2 Jam

Seks sebelum kahwin adalah perkara yang dilarang dalam agama dan mendapat kecaman dari masyarakat terutamanya di Malaysia.

Tapi, walaupun perkara ni dah menjadi norma pada anak-anak muda (yang bukan beragama Islam) zaman sekarang. Masih ramai lagi, ibu bapa yang tak setuju dengan seks sebelum kahwin ni.

Macam apa yang berlaku pada lelaki dari Filipina, King Perez yang berusia 19 tahun ini seperti yang diceritakan di Twitter:

“Saya minta duit ekstra untuk masuk sekolah, mak cakap saya tak perlukan duit sebab saya dah ada banyak. Saya suruh dia check wallet untuk buktikan yang saya memang tak ada duit tapi saya terlupa saya simpan kondom dekat dalam tu!”

Apabila ibunya menemui kondom tersebut, King Perez tahu yang penemuan ibunya ini akan membuatkan ibunya ‘bising’. Memang betul pun, Perez terpaksa dengar bebelan ibunya selama dua jam tentang keburukan seks sebelum kahwin.

Tapi, bebelan selama dua jam tu nampaknya tak cukup bagi wanita itu. Dia seterusnya mengambil kondom anaknya dan menghiris kondom tersebut atas landas menggunakan pisau dapur sebelum membuangnya dalam tong sampah.

Walau bagaimanapun, Perez tak lah marah dengan tindakan ibunya ini. Malah, dia rasa geli hati bila lihat ibunya sampai sanggup hiris kondom tersebut.

“Saya rasa benda tu kelakar bila dia mula nak hiris kondom tersebut. Saya rasa dia buat macam tu sebab dia belum boleh terima yang anak lelakinya ini dah besar. Dan saya faham dengan apa yang dia sampaikan.” Tak lah besar sangat kalau still mintak duit dekat mak kan?

Ha kalau mak dari Filipina, potong kondom, mak-mak kat sini potong apa pulak kalau dorang jumpa kondom dalam wallet anak dorang? 

 

Baca: “Sumpah Melayu memang bodoh…” – Kecoh Isu Beli Kondom Untuk ‘Family Planning’ Dekat IG Post Doktor

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson