in

“Terjual 20 ribu helai dalam sehari”- Koleksi Tudung ‘Kakak Kita’ Fazura Laku Keras

Fazura

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, aktress jelita kesukaan ramai Nur Fazura sekali lagi telah melancarkan koleksi tudung bawal terbaharu dan kali ini, memilih tema dan bermotifkan corak bunga digelarkan ‘Kakak Kita’.


Menerusi laman Instagramnya, Fazura telah mengumumkan pelancaran penjualan koleksi tudung berkenaan selain sempat melakukan ‘tutorial’ dan menggayakan koleksi terbaru tudung keluaran beliau tersebut.

Capture 1 2

Koleksi tersebut difahamkan mempunyai 10 corak dan rekaan serta dijual pada harga RM27 ringgit sahaja!

Lebih menarik, setiap corak dan rekaan dalam koleksi ‘Kakak Kita’ tersebut diberikan nama gelaran yang sinonim dengan panggilan kepada seorang kakak seperti Kak Leha, Kak Yong, Kak Ngah dan lain-lain lagi.

Page

Mungkin disebabkan harganya yang sangat berpatutan selain kesemua corak yang dikeluarkan sangat cantik dan menarik perhatian, dikhabarkan sebanyak 20 ribu helai tudung berkenaan telah terjual pada hari pertama ia dilancarkan!

“Alah dah sold out”

Meninjau ke ruangan komen, pastinya ramai yang memuji tentang kecantikan koleksi terbaru tudung bawal keluaran Fazura ni. Tak kurang jugak yang kecewa kerana banyak koleksi telah habis terjual.

Cats 28

 

Ada juga yang sempat minta Fazura supaya ‘restock’ tudung berkenaan disebabkan sambutan terlalu menggalakkan dan koleksi berkenaan dikhabarkan habis terjual.

Cats 2 1

Untuk korang yang tak sempat beli tu, jangan bersedih, harap-harap lah ada restock nanti! 

Baca : Gara-Gara Trending Di Twitter, Tudung Terbaru Fazura Yang Belum ‘Launch’ Lagi Sudah Dapat Sambutan Ramai

Capture 1 3

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.