in

Gara-Gara Trending Di Twitter, Tudung Terbaru Fazura Yang Belum ‘Launch’ Lagi Sudah Dapat Sambutan Ramai

Cats 117

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila masuk bulan Ramadhan, ramai yang nak mengejar buat kebaikan dan kutip pahala yang berganda pada bulan ini termasuklah pelakon jelita Nur Fazura Sharifudddin atau lebih mesra dikenali sebagai Fazura yang mengambil keputusan untuk berhijab demi menghormati bulan yang mulia ini.


Manis berhijab, Fazura mengumumkan melalui satu posting di Instagram miliknya semalam yang dia bakal lancarkan koleksi tudung baharu dengan jenama miliknya iaitu Fazbulous.

Bawal siap ada mutiara

Tudung yang bakal dilancarkan oleh Fazura ini diberi nama Koleksi Bawal Jauharah yang didatangkan eksklusif dengan mutiara Jauharah. Bukan itu sahaja, koleksi tudung bawal ini diperbuat menggunakan kain ‘cotton’ yang dibuat khas untuk kegunaan harian.

Capture 85

Korang yang mana nak beli untuk girlfriend, mak, kakak atau diri sendiri, boleh la dapatkan tudung ni hari ini pukul 3 petang nanti. Jangan lupa dapatkan update dekat Instagram Fazura tau.

 

Sebab trending dekat Twitter

Baru-baru ini juga Fazura tiba-tiba trending sebab netizen bandingkan isu Neelofa dengan Fazura. Walupun tak buat apa-apa, Fazura tiba-tiba dapat sokongan ramai netizen siap ajak untuk support tudung keluaran Fazura. Orang lain punya isu, orang lain pula yang famous. 

Walaupun belum dilancarkan secara rasmi, warga Twitter sudah mula menunjukkan sokongan dan teruja bila Fazura nak keluarkan tudung koleksinya yang bakal dilancarkan pada petang ini.

Photo6073257819139845045

Photo6073257819139845046

Lagi-lagi nak raya ni kan, mesti ramai yang nak cari tudung sama warna dengan baju raya kan?

 

Sumber: Nur Fazura, Twitter

Baca: “Tak buat apa2 tiba2 trending”- Viral Isu Neelofa, Nama Fazura &Fattah Pula Trending di Twitter

Capture 84

Sumber: Instagram
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.