in

“Terimalah akibat apa hang buat kat anak hang tu” – Wanita Dakwa Ibu Gadis OKU Sengaja Hambakan Anak?

Kes Dera 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan pendedahan berhubung kejadian yang menimpa seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) masalah pembelajaran yang didedahkan.


Gadis berkenaan, Ain, berjaya diselamatkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dipukul dan disimbah air panas

Laporan Awani menyebut, Ain menjadi mangsa penderaan berpanjangan ibu, 40, dan abang kandungnya yang berusia 15 tahun.

Photo6165471050452805997
sumber: twitter
D 1 Oy8U8Aeazda
sumber: twitter

Dia ditemui dengan kesan luka lama dan luka baru di kediaman mereka di Mata Ayer, Perlis.

Ain kini ditempatkan di bawah penjagaan JKM manakala ibu dan abangnya dah diambil keterangan di balai polis.

“Syukurlah kalau semuanya dah terbongkar”

Sejak viral kes itu, muncul seorang wanita yang mendakwa dia mengenali ibu Ain yang dinamakan Zarina.

Katanya, Zarina merupakan rakannya dari kecil dan dia bersyukur kejadian yang menimpa Ain  terbongkar.

Photo6170153681496942718
sumber: twitter
Photo6170153681496942717
sumber: twitter

Jelasnya, nenek Ain pernah mengambil gadis itu untuk tinggal bersama bagi menyelamatkannya tapi diambil semula oleh si ibu.

Cuma apabila berkahwin baru, mereka sekeluarga sering berpindah-randah dan menyebabkan susah untuk ditemui.

“Sebab nak jadikan hamba”

Wanita ini juga mendakwa, Ain merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga itu daripada 7 orang adik-beradik.

Photo6167789233281018159
sumber: twitter
Photo6170153681496942714
sumber: twitter
Photo6170153681496942713
sumber: twitter

“Kena belasah tu dah jd benda wajib”

Photo6170153681496942715
sumber: twitter
Photo6170153681496942716
sumber: twitter
Photo6167722850266491107
sumber: twitter

“Dah kenal lama dan tau kenapa, selama ni takda buat apa-apa?”

Musykil dengan pendedahan wanita ini, ada jugalah warganet kat luar sana yang tak berpuas hati.

Iyelah kan, kalau dah tau mengenai masalah ini sekian lama kenapa berdiam diri?

Photo6167722850266491106
sumber: twitter

Wanita ini juga menegaskan dia telah berpindah ke Kuala Lumpur dan kerana keluarga berkenaan selalu berpindah-randah, menyukarkan mereka untuk menyelamatkan Ain.

Gadis sering ditinggalkan keluarga ketika keluar berniaga

Sementara itu, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Perpaduan Masyarakat dan Tugas-Tugas Khas Perlis, Siti Berenee Yahaya memaklumkan, penduduk setempat tahu Ain sering ditinggalkan keluarga itu setiap kali keluar berniaga.

Dera
sumber: twitter

“Sebelum ini mereka pernah meninggalkannya di dalam rumah, tetapi remaja berkenaan sering memberontak dan memecahkan barangan dalam rumah.”

Memetik laporan Harian Metro, keluarga itu hidup susah dan tak berkemampuan serta tak berniat mengurungnya di luar.

Baca: “Hari-hari kena dok luar” – Mak Bapak Dera Anak, Biar Tidur Luar Rumah Tanpa Alas

Kes Dera

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.