in

“Hari-hari kena dok luar” – Mak Bapak Dera Anak, Biar Tidur Luar Rumah Tanpa Alas

Kes Dera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap ibu bapa mesti nakkan yang terbaik buat anak-anak mereka.


Kalau boleh, tak nak apa-apa perkara buruk berlaku kepada anak-anak dan nakkan mereka berada dalam keadaan sihat selalu.

“Mak tak bagi duk dalam rumah”

Tapi malang nasib seorang remaja di Kampung Gial Tengah, Mata Ayer, Perlis apabila dia terpaksa dikurung di luar rumah setiap kali kedua orang tuanya keluar.

Menurut perkongsian di Twitter, Ain, 14, ditemui di luar rumahnya seawal jam 6 pagi apabila seorang lelaki terdengar bunyi sesuatu diketuk di rumah sebelah.

Pemilik akaun @juraisabdullah yang berkongsi video itu mendakwa, remaja yang mengalami masalah pembelajaran itu ditinggalkan keluarga seawal pagi ketika mereka keluar berniaga.

Tidur tanpa ada selimut dan beralaskan lantai

Prihatin dengan nasib remaja ini, lelaki berkenaan cuba mendapatkan lebih banyak maklumat daripada Ain.

Tengoklah, sampai hati dia dibiarkan tidur kat luar rumah tanpa sebarang selimut. Beralaskan lantai je! Awal pagi macam tu kan sejuk.

Photo6165471050452805997
sumber: twitter

Lepas tu kenapa siap lock dengan mangga pulak rumah tu?

Ain sempat memberitahu dia selalu dibuat seperti itu terutamanya apabila bergaduh dengan adik-adik.

Malah gadis itu juga dipercayai didera berdasarkan kesan yang ditemui di belakang tengkuknya.

D 1 Oy8U8Aeazda
sumber: twitter

“Sebab dia ibu kita”

Walaupun begitu, Ain maklumkan dia tak berdendam kepada orang tuanya sebab sayangkan mereka.

Apabila ditanya kenapa, dia cuma menjawab “Sebab dia ibu kita. Kita kena sayang dialah.”

Pelik tapi itulah kenyataan yang keluar dari mulut Ain apabila disoal perasaannya diperlakukan begitu.

Dalam video itu, dia juga dilihat menjamah roti dan minum air Milo diberikan lelaki berkenaan.

Setakat ini, tweet berkenaan telah menerima lebih 10,000 Retweet.

Dera
sumber: twitter

Malah dalam posting terbaru yang dimuatnaik menunjukkan remaja itu ditinggalkan sekali lagi sebab seisi keluarga ke rumah Tok untuk makan pulut durian.

Tak pasti sejak bila kejadian ini berlaku tapi harap-harap pihak berwajib dapat selamatkan dan bela nasib anak malang ni!

Baca: “Lemak badan tinggal kosong peratus” – Remaja 12 Tahun Dirantai, Didera & Mati Kebuluran Dalam Motel

Eduardodera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.