in

“Terima kasih Kapten” – Ini ‘Pilot’ Yang Bertanggungjawab Bawa Pulang Kumpulan Pertama Vaksin Covid-19 Ke Malaysia

Feature 3 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pagi tadi, pesawat Malaysia Airlines MH604 yang membawa kumpulan pertama vaksin Covid-19 telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), lapor Berita Harian. Semoga dengan vaksin ni, kita dapat melawan pandemik Covid-19. 


Mesti ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan juruterbang yang telah menerbangkan pesawat MAS pagi tadi kan? Jangan risau sebab Kementerian Kesihatan Malaysia dah pun kongsikan siapa pilot yang bertanggungjawab mendaratkan kesemua dos vaksin tu di tanah air kita dengan selamat.

Terima kasih kepada Kapten Hamdan Che Ismail. Beliau adalah orang bertangungjawab yang menerbangkan pesawat A330 MAS…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Saturday, February 20, 2021

 

Menurut perkongsian dari Facebook KKM, Kapten Hamdan Che Ismail lah yang telah menerbangkan pesawat Airbus 330-300 ini. Difahamkan, beliau telah berkhidmat dengan syarikat penerbangan Malaysia Airlines selama 29 tahun. Fuh, bukan biasa-biasa beliau ni. 

Vaksin 5

Vaksin 6

Untuk pengetahuan korang, Kapten Hamdan sebenarnya berasal dari Tumpat, Kelantan.

Saya amat terharu kerana dapat menjadi sebahagian daripada acara penting negara pada hari ini,” katanya.

Rata-rata netizen juga turut membanjiri ruangan komen Facebook rasmi KKM dengan ucapan terima kasih kepada juruterbang ini. Terima kasih jugak kepada semua kru yang terlibat termasuklah syarikat logistik DHL Express. 

Vaksin 2

Vaksin 4

Akhirnya kita semua bakal dapat vaksin tidak lama lagi. Tapi ingat, walaupun dah dapat vaksin, kita tetap kena patuh SOP dan jangan lupa pakai mask. 

Baca: Kumpulan Pertama Vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech Selamat Tiba di KLIA

Vaksin 1

Sumber: Facebook KKM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.