in

“Terdiam satu restoran” – [VIDEO] Polis ‘Tengking’ Pengunjung Restoran Degil Melepak Waktu Perintah Kawalan

Fi Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kita tengok dekat beberapa negara di luar sana, ada yang dah bebas daripada perintah kawalan di negara masing-masing. Contoh terdekat adalah pada kejohanan bolasepak EURO 2020 yang berlangsung kini, penyokong dibenarkan datang ke stadium dan tak perlu memakai pelitup muka lagi.


Namun ada juga negara lain yang masih memberi kelonggaran kepada rakyat mereka, namun ramai yang melanggar SOP ditetapkan seperti kisah ini.

 

Kerajaan buat kawalan pergerakan.. rakyat masih santai

Baru-baru ini viral di media sosial apabila sebuah video dipercayai berlaku di sebuah restoran di Indonesia menjadi perhatian ramai.

Menerusi perkongsian di akaun TikTok @caaacingan ini, dia menunjukkan suasana di sebuah restoran yang penuh dengan pelanggan.

Polis 1

Namun apa yang mengejutkan, tiba-tiba pihak polis datang ke tempat tersebut dan masuk ke bahagian dalam restoran itu. Lalu terdengar salah seorang dari anggota polis berkenaan menjerit ke arah mereka seakan geram kerana masih ramai yang mengabaikan arahan dikeluarkan oleh kerajaan Indonesia.

Hasilnya, semua pengunjung restoran tersebut hanya terdiam kelu dan anggota polis tersebut dilihat menuju ke bahagian luar restoran berkenaan.

Bagi yang belum tahu, di Indonesia sebenarnya mereka sedang menjalankan Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM), yang mana serupa seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia untuk membendung penularan wabak Covid-19 ini.

Posting berkenaan telah menjadi bualan hangat, dan sehingga kini ia telah meraih lebih dari 7 juta tontonan.

@caaacingan

ppkm #fyp #lockdown #staysafe #foryou

♬ suara asli – SuaraBojonegoro.com

 

“Lebih seronok melepak di rumah.. wifi ade, aircond ade”

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang menyuarakan pandangan mereka terhadap situasi tersebut. Kebanyakannya berpendapat adalah lebih baik untuk duduk di rumah kerana lebih selesa dan tak payah nak bahayakan diri terdedah dengan wabak virus Covid-19 ini.

Reak Polis 1 Edit

Reak Polis 2 Edit

Reak Polis 3 Edit

Garang betul polis tu. Min pula takut tengok.

 

Baca : “Boleh santai minum lagi” – Tak Habis Isu Durian, Viral Lagi Gambar Ahli Parlimen Dilihat Langgar SOP?

Foot Polis

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.