in

“Boleh santai minum lagi”- Tak Habis Isu Durian, Viral Lagi Gambar Ahli Parlimen Dilihat Langgar SOP?

Fi Mp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang ingat, baru-baru ni kecoh apabila ada kes Ahli Parlimen didakwa langgar SOP dengan mengadakan ‘kenduri’ makan durian beramai-ramai hingga video dari kejadian itu jadi viral. Sedapnya durian.



Mp 5 Edit

 

Minum petang ramai-ramai

Terbaru tular beberapa keping gambar menunjukkan seorang bekas timbalan menteri yang juga Ahli Parlimen di Kedah, didakwa gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditetapkan.

Dalam foto tersebut, Ahli Parlimen tersebut dilihat bersila di atas sebuah pangkin sambil minum petang bersama beberapa orang penduduk kampung dalam satu program bantuan yang dijalankan.

Mp 1 Edit

Mp 2 Edit

Mp 3 Edit

 

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya telah membuka siasatan berhubung kes itu mengikut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPP) 2020.

“Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian berkenaan dan kita akan panggil beberapa saksi bagi membantu siasatan,” 

 

“Dia ni ada saja buat hal!”

Menjengah ke ruangan komen, aksi bekas timbalan menteri ternyata mengundang kemarahan netizen yang melihat. Selain itu ada yang menganggap tindakannya itu sebagai tak beradab.

Reak Mp 1 Edit

Reak Mp 2 Edit

 

“Ini gambar tahun bila?”

Reak Mp 3 Edit

Takut betul tengok orang berkumpul waktu kes masih tinggi ni. Kita yang lain patuh SOP ya.

 

Baca : “Taklah itu video lama” – Timbalan Speaker Nafi Hadir ‘Kenduri Durian’, Rakaman Didakwa Video Tahun Lepas

Foot Mp

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.