in

“Terburuk dalam 1000 tahun” – China Dilanda Banjir Besar, Air Naik Sampai Paras Dada Dalam Gerabak Tren

Henan Flood

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hujan tanpa henti dalam tempoh tiga hari di wilayah Henan (tengah China) akhirnya telah mengakibatkan banjir besar melanda wilayah tersebut sejak malam tadi.


Bencana alam ini juga telah menyebabkan sekurang-kurangnya 13 nyawa terkorban dan 100,000 penduduk lagi dilaporkan terkesan, lapor Astro AWANI.

Pun begitu apa yang lebih mengerikan ialah semalam viral sebuah video di Twitter memaparkan laluan tren bawah tanah wilayah tersebut yang tergendala akibat banjir hingga mengakibatkan penumpang berdepan satu detik panik.

Ada di antaranya terkandas di dalam gerabak tren ketika air meningkat hingga ke paras dada. Uish gilalah! 

Malah terdapat juga video orang ramai terpaksa mengharungi banjir ketika ingin keluar dari kawasan tren bawah tanah tersebut.

 

Fenomena terburuk dan paling ekstrem sejak 1,000 tahun lalu 

Menurut laporan, pihak berkuasa wilayah itu juga telah memberi amaran bahawa sebuah empangan di wilayah itu juga mungkin tidak mampu menampung taburan hujan dan boleh menimbulkan risiko banjir di bahagian barat daya Zhengzhou (ibu kota Henan) yang mempunyai populasi penduduk kira-kira 12.6 juta.

Laporan kaji cuaca juga memaklumkan fenomena itu merupakan yang terburuk dan paling ekstrem direkodkan sejak 1,000 tahun lalu.

Stesen penyiaran di China iaitu CCTV juga menyiarkan rakaman menunjukkan penduduk di jalan-jalan yang ditenggelami banjir diselamatkan menggunakan rakit, dengan seorang pekerja kecemasan dilihat mengendong bayi.

Terdapat juga rakaman yang memaparkan seramai 150 kanak-kanak yang berada di tadika terkandas akibat banjir dan sekumpulan bomba datang menghulurkan bantuan.

Semoga banjir besar di sana beransur pulih. 

Baca: “Pengalaman yang sangat bernilai” – Terkandas 24 Jam di Pahang Sebab Banjir, Lelaki Bakar Ikan Tepi Highway Ajak Orang Ramai Makan

Ikan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.